Jambatan P.Pinang Sesak Teruk Kerana Lori Tong Gas Terbalik

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih empat jam di atas Jambatan Pulau Pinang pagi Khamis apabila sebuah lori membawa tong gas terbalik.

Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata lori yang terbalik di Km 1.3 menghala ke tanah besar itu menyebabkan dua daripada tiga lorong di atas jambatan berkenaan terhalang.

"Hanya satu lorong laluan menuju ke Perai dibuka dan ekoran itu berlaku kesesakan teruk di semua laluan masuk jambatan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Gelugor dan Bayan Lepas," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata lori yang terbalik pada pukul 10.30 pagi itu berjaya dialihkan pada pukul 2 petang dan keadaan trafik di atas jambatan sudah beransur pulih.

Insiden itu menyebabkan pemandu lori tersebut mengalami cedera ringan, katanya. Tinjauan Bernama setakat tengah hari tadi mendapati trafik sesak sepanjang lima kilometer sehingga ke kawasan Lebuhraya Jelutong di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan