Polis Tumpaskan Geng Khalid, Empat Suspek Ditangkap

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Polis menumpaskan Geng Khalid, yang dipercayai aktif dalam beberapa kes samun stesen minyak sekitar daerah Kuala Muda, dengan tertangkapnya empat suspek lelaki warga tempatan menerusi Ops Cantas Khas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin berkata suspek, yang berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun, ditangkap di kawasan Flat Paya Nahu dekat sini, ditahan reman lima hari sehingga 24 November ini.

Beliau berkata suspek pertama ditahan pada 10.30 malam 16 November lepas yang membawa kepada penangkapan tiga lagi pada 19 November.

"Siasatan awal mendapati penahanan anggota kumpulan ini dapat membantu menyelesaikan 25 kes samun, termasuklah 15 kes samun stesen minyak sekitar daerah ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda Khamis.

Khalil berkata susulan penahanan itu, polis merampas 43 telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba, tiga topi keledar putih yang dipercayai digunakan semasa menyamun, sebilah parang buatan sendiri, buku lima dan dua motosikal.

"Kumpulan ini juga dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun melibatkan premis yang beroperasi 24 jam termasuklah Kedai Rakyat 1Malaysia dan 7Eleven," katanya sambil menambah suspek yang ditahan memiliki rekod jenayah lain dan turut terlibat dengan dadah.

Beliau berkata polis kini mengesan seorang lagi rakan mereka yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan