Mayat Wanita Bunuh Diri Ditemui Dalam Longkang Di Flat Desa Wawasan

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Penduduk Flat Desa Wawasan gempar selepas menemui mayat seorang wanita dalam longkang dipercayai terjun daripada tingkat tujuh perumahan berkenaan di sini Khamis.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata dia antara orang pertama yang menemui mayat itu ketika pulang ke rumahnya di flat berkenaan pada 1 petang.

"Saya baru letak motosikal sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat, pada mulanya saya ingat bunyi mercun tetapi apabila berjalan tepi longkang baru nampak seorang wanita berlumuran darah.

"Saya cuba bagi bantuan kecemasan sebelum menjerit meminta bantuan daripada orang ramai tetapi ketika itu, wanita berkenaan sudah tidak memberi sebarang respons," katanya kepada pemberita.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan berkata mayat mangsa, Ng Sai Lee, 49, dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

"Dipercayai wanita itu, yang tinggal di tingkat empat flat berkenaan, terjun dari tingkat tujuh berikutan penemuan selipar mangsa di situ (tingkat tujuh)," katanya.

Azman berkata kejadian itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini, polis mengklasifikasi kes itu sebagai kematian mengejut.

"Menurut ibu mangsa yang tinggal dengan wanita itu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini dan beliau sedih dengan kejadian berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan