'Bapa Ayam' Menyamar Jurukamera RTM Elak Dicekup

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang dipercayai 'bapa ayam' ditahan setelah cuba mengelirukan polis dengan menyamar sebagai jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam satu operasi di Lebuh Chulia di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam operasi pukul 1 pagi itu, sepasukan polis dari cawangan perjudian, kongsi gelap dan maksiat (D7) pada mulanya menahan lelaki berusia 50-an itu bersama seorang wanita dipercayai pelacur kerana berkelakuan mencurigakan.

"Lelaki terbabit mendakwa dia sedang bertugas mengambil video operasi itu manakala wanita itu adalah isterinya dan kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Lelaki itu dikatakan turut mengeluarkan perkataan kesat terhadap anggota polis di lokasi kejadian.

Katanya setelah disoal wanita berkenaan menafikan dia adalah isteri lelaki terbabit sebaliknya memberitahu polis bahawa lelaki itu adalah bapa ayam.

Gan berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu juga bekerja sebagai jurukamera bebas di samping menjadi bapa ayam kepada pelacur sekitar kawasan itu.

Lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 372A (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Dia juga disiasat menurut Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan