Remaja Mangsa Dera Meninggal Dunia di Hospital Langkawi

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, dipercayai didera oleh keluarga angkatnya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Langkawi pada malam Isnin.

Polis telah menahan pasangan berkenaan bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Remaja berkenaan dikejarkan ke hospital pada pukul 4 petang Ahad berada dalam keadaan koma sebelum meninggal dunia pada pukul 8 malam.

Polis berkata mangsa mengalami beberapa kecederaan di badannya yang dipercayai akibat didera.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan