Polis Rampas 600 Bungkusan Air Daun Ketum

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Ketua Polis Kangar, DSP Ismail Che Isa (tengah) menunjukkan air ketum yang telah dirampas selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pada Selasa. Dalam satu serbuan malam tadi, polis telah berjaya merampas sebanyak 600 bungkusan air ketum di kawasan sebuah premis di Kampung Sanglang. -fotoBERNAMA
Timbalan Ketua Polis Kangar, DSP Ismail Che Isa (tengah) menunjukkan air ketum yang telah dirampas selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pada Selasa. Dalam satu serbuan malam tadi, polis telah berjaya merampas sebanyak 600 bungkusan air ketum di kawasan sebuah premis di Kampung Sanglang. -fotoBERNAMA

KANGAR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 600 bungkusan air daun ketum bernilai kira-kira RM1,800 dalam Ops Tapis di Kampung Kepala Batas Pauh, Sanglang dekat sini sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Ismail Che Isa berkata operasi di premis kediaman lelaki terbabit pada pukul 10.40 pagi itu dibuat hasil maklumat orang awam.

Kesemua bungkusan air daun ketum yang dipercayai telah dicampur dengan bahan-bahan lain itu ditemui oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kangar dalam sebuah kotak plastik di kawasan belakang premis itu, katanya.

Bercakap pada pemberita di sini hari ini, beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 31 tahun itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan dipercayai menjalankan kegiatan itu hampir sebulan lalu.

Ismail berkata air daun ketum itu dipercayai diproses dengan campuran bahan tertentu di kawasan lain sebelum dibawa ke kawasan belakang premis kediaman lelaki itu untuk dipasarkan dengan harga RM3 setiap bungkusan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan