Polis Bantuan Tembak Adik Kekasih Dipercayai Akibat Cinta Terhalang

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KES TEMBAKAN...Seorang anggota polis bantuan melepaskan lima das tembakan dan mencederakan adik lelaki kekasihnya setelah cinta beliau tidak direstui keluarga wanita dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Megah, dekat Kajang pada Isnin. Kelihatan bahan bukti yang ditemui anggota polis di kereta mangsa tembakan di kawasan perumahan berkenaan. -Foto BERNAMA
KES TEMBAKAN...Seorang anggota polis bantuan melepaskan lima das tembakan dan mencederakan adik lelaki kekasihnya setelah cinta beliau tidak direstui keluarga wanita dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Megah, dekat Kajang pada Isnin. Kelihatan bahan bukti yang ditemui anggota polis di kereta mangsa tembakan di kawasan perumahan berkenaan. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Akibat berang apabila cintanya tidak direstui keluarga teman wanitanya, seorang anggota polis bantuan melepaskan lima das tembakan yang mencederakan adik lelaki kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Megah, Kajang, dekat sini, Isnin.

Dalam kejadian 8 pagi itu, anggota polis itu telah datang ke rumah kekasihnya berumur 26 tahun untuk berbincang hal pertunangan mereka tetapi dikatakan dihalang oleh adik lelaki wanita itu yang berumur 25 tahun daripada memasuki rumah keluarga itu.

Menurut kakak sulung mangsa, berikutan itu, berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa sebelum dia memanjat pagar dan melepaskan lima das tembakan dengan satu daripadanya mengenai bahu kiri adik lelakinya itu.

Empat lagi tembakan tersasar dan satu daripadanya mengenai kereta Perodua Myvi yang berada di hadapan pagar rumah mangsa. "Adik lelaki saya lari ke pintu belakang selepas ditembak, kami lapan orang yang berada dalam rumah berjaya halang anggota itu daripada mengejar adik saya sebelum dia (suspek) melarikan diri," kata kakak mangsa kepada pemberita di tempat kejadian.

Wanita itu berkata selepas anggota polis itu melarikan diri, keluarganya segera memaklumkan polis sebelum dia diberkas polis di sekitar kawasan Kajang.

Sumber polis berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan bagi mengeluarkan peluru. Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kakak mangsa berkata keluarganya menghalang hubungan cinta itu kerana mendakwa tidak menyukai sikap dan tingkah laku lelaki itu sebelum adik perempuannya memutuskan hubungan cintanya Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan memberi jaminan satu siasatan telus akan dijalankan ke atas kes itu. "Kita akan siasat kes ini secara terperinci dan tiada siapa yang akan terlepas atau dilindungi. Kita akan pastikan tindakan sewajarnya diambil ke atas mana-mana anggota yang didapati terlibat dalam jenayah serta salah laku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pelantikan Editor Bersekutu Institute of Public Security of Malaysia (IPSOM), di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan