Kes Culik Bayi Freddie Tiada Perkembangan Positif, Polis Bebas Dua Suspek

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bayi mangsa culik, Freddie Joseph ketika pertama kali ditemui orang awam, seorang pemandu lori, Hamid Md Isa (kanan) di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Bayi mangsa culik, Freddie Joseph ketika pertama kali ditemui orang awam, seorang pemandu lori, Hamid Md Isa (kanan) di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Polis membebaskan dua suspek disyaki terbabit dalam kes penculikan bayi Freddie Joseph pada 8 November selepas ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wahberkata, pasangan itu telah dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

"Kita tidak membuat sebarang tangkapan baru dan tidak ada perkembangan positif dalam kes ini setakat ini," kata Ku pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini Selasa.

Seorang wanita warga Filipina berusia 39 tahun dan teman lelakinya, warga tempatan berusia 53 tahun ditahan pada 10 November, sehari selepas Freddie ditemui di Taman Tasik Titiwangsa.

Wanita itu pernah bekerja untuk keluarga Freddie selama kira-kira setahun sebelum berhenti enam bulan lalu.

Dia kini bekerja untuk majikan baharu di Damansara dan telah tinggal di Malaysia sejak tahun 2004.

Wartawan juga ditunjukkan dengan rakaman CCTV penculikan.

Dalam rakaman video berkenaan, sebuah Toyota Camry putih dilihat diletakkan di hadapan rumah Freddie di Bangsar.

Seorang lelaki yang memakai sarung tangan dan cermin mata hitam kemudian melangkah keluar dari kereta dan memakai topi.

Dia berjalan dengan tenang sambil tangan bersilang menyeberang jalan ke rumah Freddie (terletak di luar pandangan kamera CCTV) dan kemudian berjalan keluar membawa Freddie bersamanya.

Pintu penumpang di bahagian hadapan kereta itu terbuka dan dia memberikan Freddie kepada penumpang yang sedang menunggu yang juga memakai cermin mata hitam.

Pada masa ini, ibu Freddie Sarah Joseph telah pun mengejar lelaki itu dan berlaku pergelutan.

Lelaki itu menarik keluar pisau dan mencederakan Sarah supaya dia dapat melepaskan diri dan kemudian berjalan kembali ke tempat duduk pemandu.

Empat pejalan kaki lelaki tergesa-gesa untuk membantu Sarah tetapi terhalang melihat suspek lelaki bersama pisau.

Pada satu ketika, Sarah berjaya membuka pintu pemandu dan menariknya keluar dari kereta.

Tetapi lelaki itu berjaya kembali ke dalam kereta dan memandu mengheret beliau selama kira-kira lima meter sebelum beliau terjatuh dan bergolek di jalan raya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan