Polis Marin Tawau Rampas 300 Kg Ikan Yang Dibom

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas kira-kira 300 kilogram ikan pelbagai spesies yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohammad Madun berkata ikan terbabit dirampas daripada sebuah lori yang diperiksa dalam Ops Cantas Khas Laut di Balung kira-kira 7 malam semalam.

Ikan terbabit dirampas ketika cuba dijual kepada orang ramai, katanya dalam kenyataan, di sini, Isnin.

Katanya rampasan itu susulan penangkapan dua lelaki berusia 19 dan 53 tahun oleh Jabatan Perikanan Tawau.

Turut dirampas ialah lori berkenaan, katanya menambah nilai keseluruhan rampasan ialah kira-kira RM105,000.

Kes diserah kepada Jabatan Perikanan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 26 (1) (C) Akta Perikanan 1985 yang menetapkan hukuman penjara sehingga dua tahun serta denda RM20,000 jika sabit kesalahan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan