KPISM Buat Laporan Polis & SPRM Terhadap BH Dan MEF

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) pada Isnin membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyiaran dua artikel oleh akhbar Berita Harian baru-baru ini.

Presiden KPISM Khairil Niza Khairuddin berkata dalam laporan itu KPISM meminta polis dan SPRM menyiasat seorang wartawan akhbar Berita Harian dan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan.

Laporan dibuat kerana penyiaran artikel 'Imigresen Disogok - KLIA dan LCCT jadi laluan penyeludup warga asing' pada 15 Nov dan 'Nak Cepat Kena Bayar' yang memetik Shamsuddin pada 16 Nov, menjejaskan nama baik agensi serta seluruh warga kerja, katanya kepada pemberita, di sini.

"Kami nak perkara ini diselesaikan dengan cara yang baik. Kami juga memberi masa 72 jam untuk mereka membuat laporan polis (mengemukakan bukti kepada polis dan SPRM). "Jika tidak kami akan mengambil tindakan undang-undang. Jangan main api dengan KPISM," katanya.

Dalam laporan eksklusifnya, Berita Harian mendakwa pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dikesan menerima sogokan ratusan ribu ringgit sebulan bagi "melepaskan" warga asing yang diseludup ke negara ini menggunakan dokumen palsu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan