Suspek Utama Kes Bunuh Pegawai AmBank Akan Didakwa Isnin Ini

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank Subang Jaya yang ditahan pada 10 November di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor akan didakwa Isnin ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menyatakan di mahkamah mana suspek akan didakwa.

Dalam kejadian pada 23 Oktober, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 11 November, polis menemui senjata api jenis 'pump gun' yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari bank berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan