Tiga Anggota Polis Cedera Dilanggar

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tiga anggota polis cedera dilanggar ketika cuba menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan, berhampiran Rumah Awam Bukit Beringin, Masjid Tanah.

Seorang anggota berpangkat Koperal patah tangan dan dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala seorang pegawai berpangkat Inspektor dan seorang lagi anggota berpangkat Koperal mengalami cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di hospital sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata dalam kejadian pada 7 petang itu, sepasukan tujuh anggota polis menahan dua lelaki yang mencurigakan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kenari. "Suspek kemudian bertindak agresif mengundur kenderaan mereka dengan laju lalu melanggar sebuah motosikal dan kereta anggota polis," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, Jumaat.

Bagaimanapun katanya kedua-dua suspek berjaya ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berumur dalam lingkungan 27 tahun itu memiliki rekod jenayah termasuk kes ugutan, menyebabkan kecederaan dengan senjata dan tipu.

Dalam kes berasingan, Muhammad Koey berkata polis berjaya menumpaskan 'Geng Burung' yang melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Tanjung Minyak dan Tanjung Kling termasuk milik bekas anggota exco kerajaan negeri dengan penahanan empat lelaki pada 11 dan 12 November lepas.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan curi termasuk perabot kayu antik, pinggan mangkuk antik, sebuah kereta Proton Waja, sebuah iPad dan dua tablet android serta 10 utas jam tangan pelbagai jenama yang keseluruhan bernilai kira-kira RM50,000.

Katanya dengan tertangkapnya suspek berumur antara 22 hingga 43 tahun itu, polis percaya telah menyelesaikan sebanyak 10 kes pecah rumah di kawasan tersebut tahun ini.

Koey berkata pihaknya turut menahan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 26 tahun dipercayai terlibat dalam kes curi kenderaan di Melaka Tengah pada 5 November lepas.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah lori, sebuah van dan dua buah kereta dipercayai hasil kegiatan curi terbabit. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan