Sindiket Pecah Kilang Didalangi Warga Vietnam Tumpas

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis Johor menumpaskan satu sindiket pecah kilang di daerah Kulaijaya apabila memberkas 23 individu dalam beberapa serbuan di sekitar Senai dan Kempas, Isnin lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek yang terdiri daripada 20 warga Vietnam termasuk tujuh wanita serta tiga lelaki tempatan itu dipercayai terbabit dalam 63 kes pecah kilang di Kulaijaya bagi tempoh Januari hingga bulan ini.

"Ini termasuk lima kes pecah kilang dan gudang milik pelabur asing, sama ada milik penuh atau menerusi perkongsian tempatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini Jumaat.

Hadir sama Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Kesemua suspek yang berusia antara 20 dan 42 tahun itu ditahan reman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

"Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi kontinjen Johor.

"Kita sedar Johor merupakan pintu masuk untuk pelancong asing dan kita perlukan pastikan keadaan jenayah di sini terkawal supaya tidak menggugat keyakinan pelancong dan pelabur untuk menanam modal di negeri ini," katanya.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk wang tunai RM12,149, selain sejumlah mata wang asing serta tiga bilah parang dan pelbagai peralatan pecah kilang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan