Siling Wad Di Hospital Serdang Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh awal pagi Khamis, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata runtuhan yang berlaku pukul 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi.

"Bahagian berkenaan sebelum ini telah dikosongkan untuk kerja-kerja ubah suai dan membaiki kerosakan. Memang ada tanda-tanda kerosakan kerana itu pesakit telah dialihkan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini Khamis.

Usaha Bernama untuk menjalankan tinjauan di wad berkenaan gagal selepas dihalang pengawal keselamatan.

Sebelum ini, beberapa kejadian runtuhan siling dan bumbung pernah dilaporkan berlaku di hospital berkenaan, termasuk pada 30 September lepas di wad bersalin melibatkan runtuhan siling.

Hospital yang menelan belanja RM690 juta itu mula beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan