Polis Kenal Pasti Empat Suspek Utama Kes Bunuh Di Ipoh

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kes pembunuhan seorang lelaki di rumah sewanya di Simpang Pulai, di sini Sabtu lepas menjurus kepada dendam antara dua kumpulan kongsi gelap, kata polis.

Siasatan dan risikan polis setakat ini mendapati kesemua suspek dan mangsa kejadian itu terlibat dalam kegiatan kongsi gelap, kata Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti empat suspek utama kes itu dan tangkapan akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

"Kejadian itu lebih menjurus kepada dendam antara kumpulan 04 dan 08, mungkin pertelingkahan tetapi bukan semata-mata perebutan kawasan," katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis dan Pengerusi Perkep negeri Perak di sini Khamis.

Dalam kejadian pada 2.30 petang Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 22 tahun maut ditetak di kepala, badan, kaki dan tangan oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang di rumah sewanya di Taman Chandan Desa dekat Simpang Pulai.

Susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang lelaki yang dipercayai pemandu kereta kumpulan itu, dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.

Mengenai kes pembunuhan seorang ahli perniagaan wanita di Lumut pula, Acryl Sani berkata polis perlu mencari keterangan yang lebih kukuh.

Polis tidak menolak kejadian bunuh itu mempunyai kaitan dengan perasaan dan emosi, katanya.

Pada 31 Oktober lepas, seorang ahli perniagaan wanita yang dikenali sebagai Nariza Mustapha, 32, meninggal dunia akibat ditikam di dada menggunakan senjata tajam di sebuah unit apartmen di Lumut.

Susulan kejadian itu, polis menahan reman seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang dipercayai teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan. Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Sementara itu, Acryl Sani berkata polis telah merakam keterangan kanak-kanak yang cedera terkena tembakan, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, dalam bentuk video.

Mohd Amar cedera selepas seorang anggota polis terlepas tembakan ketika mengosongkan pistol automatiknya jenis P99 Walther dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit 14 Oktober lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan