Polis Cari Dua Suspek Dalam Kes Berasingan

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan dua individu bagi membantu polis melakukan siasatan kes.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dalam kenyataan hari ini berkata bagi kes pertama polis sedang mengesan seorang lelaki berperwatakan wanita dikenali sebagai 'Ika' manakala bagi kes kedua, suspek adalah lelaki berkaitan kes samun pada kira-kira 9.45 pagi, 14 Oktober lepas. Kejadian samun itu berlaku berhampiran lampu isyarat Bandar Tun Razak berhampiran bawah laluan lebuh raya.

Fotofit kedua-dua suspek dimuat naik di laman sosial Facebook Polis KL dan mereka diperlukan untuk membantu bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

"Bagi kes pertama orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi pegawai penyiasat ASP Aida Irwana di talian 03-91452222 atau Pusat Kawalan IPD Cheras 03-92840083. "Bagi kes kedua boleh hubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Nor Azman Hassan di talian 017-5108966 atau Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-21159999/SMS ke 32728 atau pergi di mana-mana balai berhampiran," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan