Murid Cemerlang UPSR Dirempuh Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang murid Sekolah Kampung Nyoir, Dungun tidak menyangka terbabit dalam kemalangan sehari sebelum dia memperoleh keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.40 pagi pada Rabu ketika Nur Iffah Qharina Amri, 12, hendak melintas jalan ke kedai milik ibunya tetapi dirempuh sebuah kereta.

Akibat itu, dia patah kaki dan tangan dn terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Menurut ibunya Zalina Ghani, 41, ketika itu anak ketiganya itu singgah di gerainya yang terletak berdekatan rumah mereka untuk bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

Beliau berkata anaknya yang lengkap berpakaian sekolah begitu teruja untuk ke sekolah sebelum mengetahui keputusan peperiksaannya pada hari esok. "Dia memang teruja kerana dia begitu yakin akan memperoleh 5A," katanya ketika ditemui di HSNZ pada Jumaat.

Beliau berkata selepas anaknya itu sedar kira-kira pukul 4 pagi tadi, Nur Iffah Qharina memberitahu dia hendak balik ke Dungun untuk mengambil keputusan peperiksaan bersama kawan-kawannya.

"Semalam ibu saudaranya yang mengambil keputusannya. Selepas dia sedar tadi, saya memaklumkan dia mendapat 5A. "Dia sangat gembira namun sedih kerana tidak dapat berkongsi detik indah itu bersama rakan-rakan yang lain," katanya. Sementara itu Nur Iffah Qharina berkata dia berhasrat untuk belajar di Sekolah Menengah Agama Rantau Abang bersama rakannya yang lain. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan