Kastam Gagal Cubaan Seludup Rokok Putih & Arak Bernilai RM2.1 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)Johor berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok putih dan minuman keras menerusi laluan masuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) melibatkan nilai rampasan dan cukai sebanyak RM2.1 juta Rabu lepas.

Pengarah Kastam Negeri Datuk Ramli Johari berkata, dalam kejadian kira-kira 12.05 pagi itu pihaknya berjaya mengesan lima buah van yang membawa barangan tersebut yang dipandu dari Singapura ke BSI.

"Sebaik ditahan bagi tujuan pemeriksaan, tiga suspek yang memandu van tersebut telah bertindak melarikan diri, dua lagi suspek bagaimanapun berjaya ditahan," katanya kepada dalam sidang media di sini, Jumaat.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas lima van tersebut, pihaknya telah menemui kira-kira satu juta batang rokok putih bernilai RM173,500 dengan nilai cukai terlibat sebanyak RM1,721,120.

Sebanyak 687 botol arak juga telah dirampas yang dianggar bernilai RM45,882 dengan nilai cukai sebanyak RM153,349.83.

Jumlah keseluruhan cukai yang terlibat ialah RM1.8 juta, katanya.

Berikutan penemuan itu juga kedua-dua lelaki yang berusia 40 dan 50 yang merupakan warga tempatan ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan kali pertama boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang dan tidak lebih daripada 20 kali nilai ganda barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau juga menyeru orang ramai agar membantu Kastam di dalam memerangi jenayah penyeludupan dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan