Empat Pelajar Kolej Warga Nigeria Ditahan Disyaki Edar Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan empat pelajar lelaki warga Nigeria sebuah kolej swasta dan merampas 23 gram ganja serta 3.5 kg syabu di sebuah apartmen di Pusat Bandar Puchong pada Rabu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pada mulanya polis hanya menemui 23 gram ganja dalam sebuah mesin pengisar sebelum memeriksa bonet sebuah kereta yang digunakan suspek dan menemui 3.5 kg syabu bernilai RM455,000 dan satu alat penimbang.

Beliau berkata kesemua suspek berumur antara 28 hingga 31 tahun didapati positif ganja dan mereka direman selama seminggu mulai semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata dari Januari sehingga Oktober tahun ini, seramai 47 lelaki dan seorang wanita berbangsa Afrika telah ditahan di Selangor kerana pelbagai kesalahan di bawah pelbagai seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sejumlah 30.1 kg heroin, 19.2 kg syabu dan 2.1 kg ganja dirampas dari kumpulan ini dalam tempoh yang sama, katanya. Beliau juga berkata pada petang Selasa lepas pihaknya telah menahan dua lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun semasa sedang melakukan urusan jual beli ganja di sekitar Taman Medan Petaling Jaya.

Semasa serbuan polis telah menemui sebuah kotak berisi lima ketulan mampat daun-daun kering yang disyaki ganja seberat 5 kg yang telah dibawa keluar oleh salah seorang suspek daripada kereta Perodua Viva yang dipandunya, katanya.

Ekoran daripada penahanan itu, beliau berkata salah seorang suspek telah membawa polis ke sebuah rumah di Kampung Medan dan menemui dua ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja seberat 1.5 kg.

Salah seorang suspek lelaki bekerja sebagai tukang masak, seorang lagi adalah jurujual kereta sementara kedua-dua wanita itu tidak mempunyai pekerjaan.

Beliau berkata kejayaan merampas 6.5 kg ganja bernilai RM18,200 itu adalah hasil intipan pihak polis.

Kesemua suspek ditahan reman mulai Selasa lepas sehingga 20 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan