Dua Lelaki Miliki Dadah Bernilai RM4 Juta Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis merampas syabu bernilai RM4 juta dengan tertangkapnya dua lelaki termasuk seorang peniaga Pakistan di dua lokasi sekitar Sri Petaling di sini sejak Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata dua lokasi itu ialah di sebuah kondominium mewah dan parkir kereta di sebuah hotel di Sri Petaling.

Beliau berkata dalam kejadian pertama kira-kira pada 4.35 petang semalam, seorang lelaki warga Pakistan berumur 43 tahun ditahan di kediamannya di Sri Petaling kerana memiliki syabu seberat 24.9 kilogram yang dianggarkan bernilai RM3.7 juta. "Modus operandi yang digunakan suspek ialah menyembunyikan dadah di belakang 47 helai jahitan pakaian bercorak manik dengan setiap pakaian dianggarkan seberat 500 gram.

"Dengan menggunakan modus itu, pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sukar mengesan dadah tersebut semasa proses pemeriksaan dilakukan. Dipercayai sindiket dadah lain juga menggunakan modus yang sama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Amar Singh berkata suspek mula memasuki negara ini pada pertengahan tahun 2009 melalui KLIA bersama isteri dan anak lelakinya yang berusia lima tahun.

Beliau berkata pada tahun ini sahaja suspek telah keluar-masuk ke negara ini dari Pakistan sebanyak lapan kali sejak 22 Januari dan kali terakhir ialah pada 4 November lepas.

"Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengisytiharkan barang kes sebagai barang perniagaan tetapi perniagaan berkenaan tidak wujud," katanya.

Justeru, Amar Singh menyarankan agar pihak berkuasa di KLIA memperketatkan lagi kawalan kemasukan barangan import.

Sementara itu, dalam kejadian kedua, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun di sebuah hotel di Jalan Raja Anum, Bandar Baru Sri Petaling pada Isnin lepas kerana memiliki dadah.

"Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta Kancil di parkir kereta Tingkat B1 hotel itu menjumpai sebungkus serbuk kristal jernih disyaki syabu seberat dua kilogram bernilai RM300,000," katanya.

Suspek pertama direman hari ini sehingga Khamis depan manakala suspek kedua direman pada Isnin lepas sehingga Ahad ini.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methaphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan