Anggota Kumpulan Tuhan Harun Diminta Tampil Bantu Siasatan

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohd Jasmani Yusoff menunjukkan gambar
Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohd Jasmani Yusoff menunjukkan gambar "Tuhan Harun" bersama 26 orang pengikutnya diminta tampil ke balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abdul Malek, 49, yang ditembak mati pada sidang media di Kuantan pada Jumaat. Raffli mati selepas terkena dua das tembakan di dada di hadapan rumahnya di Taman Indera Mahkota Dua pada 10 November 2013 lalu. -Foto BERNAMA

KUANTAN: Seramai 27 individu yang dipercayai pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' diminta tampil membantu pihak polis bagi menyelesaikan kes tembak Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mereka terbabit diminta tampil di mana-mana balai polis bagi membantu pihak polis menyelesaikan kes itu.

"Tujuh daripada mereka termasuklah pengasas ajaran sesat itu iaitu Harun Mat Saat, 47, Husin Ismail, 43, Pius Anahong@ Mahdi Abdullah, 40, Mohd Khalilie Zazali, 31, Syahiszam Soid, 40, Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, dan Azida Mohd Zol, 30 tahun, yang telah dikeluarkan waran tangkap sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mereka yang lain ialah Mohd Hafizuddin Mohd Azam, 27, Mohamad Tirmidzi Othman, 17, Hashim Zakaria, 38, Farhaien Othman, 22, Lukman Harun, 20, Mohd Ghazali Fitri Mohd Azam, 25, Muhammad Nazrul Zakaria, 38.

Mohd Rozi Akasah, 38, Shamsul Amri Abu Hassan, 44, Saufi Harun, 18, Norhafizah Mohd Azam, 28, Mohd Edham Mohd Nizam, 18, Khairul Amir Akasah, 34, Sharizal Shamsuddin, 32, Muhammad Harun, 21, Norhairi Harun, 41, Mahni Harun, 12, Shazliana Mokhtarudin, 29, Othman Abdullah, 48, dan Kheairus Ali, 47.

"Sebelum ini polis meminta 31 pengikut ajaran itu tampil membantu siasatan, empat daripada mereka telah tampil membantu pihak polis pada 12 dan 13 November lepas," katanya.

Pihak polis hari ini turut mengedarkan 27 gambar mereka terbabit kepada pihak media.

Mohd Jasmani berkata mereka terbabit tidak perlu takut untuk tampil membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan pengikut ajaran itu juga diminta membantu pihak polis," katanya.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani sebelum ini berkata pihak polis percaya kematian Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang ditembak bermotifkan dendam atau tidak berpuas hati dengan Allahyarham dengan penguatkuasaan yang dijalankan.

Dalam kejadian Ahad lepas pada jam 1.55 petang, Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpa mangsa di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Raffli sedang mengendalikan beberapa kes besar termasuk memantau kegiatan pengikut fahaman Syiah serta ajaran Tuhan Harun. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan