Lelaki Larikan Kenderaan Polis Dipercayai Alami Masalah Mental

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A. Hamid (depan) menunjukkan kereta peronda lebuhraya Polis (HMPV) yang remuk selepas dilarikan seorang lelaki kurang siuman kira-kira jam 4.30 pagi Khamis selepas sidang media di ibu pejabat polis daerah, Khamis. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A. Hamid (depan) menunjukkan kereta peronda lebuhraya Polis (HMPV) yang remuk selepas dilarikan seorang lelaki kurang siuman kira-kira jam 4.30 pagi Khamis selepas sidang media di ibu pejabat polis daerah, Khamis. -fotoBERNAMA

MARAN: Seorang lelaki yang bertindak menyerang anggota polis sebelum merampas sepucuk pistol dan melarikan kenderaan peronda polis di susur keluar Tol Chenor Lebuh Raya Pantai Timur tengah malam Rabu dipercayai mengalami masalah mental.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek yang berumur 22 tahun turut bertindak melepaskan empat das tembakan secara rambang keluar dari kenderaan yang dilarikannya itu.

Suspek sebelum itu dikatakan sedang berzikir sendirian di atas motosikalnya yang diletakkan di tengah laluan susur keluar tol itu dan bertindak menyerang anggota terbabit ketika anggota tersebut cuba memujuknya untuk mengalihkan motosikalnya.

Ketua Polis Daerah Maran Pemangku DSP Sulaiman A Hamid berkata suspek menyerang menggunakan kunci tambahan motosikal berbentuk U yang berada di dalam raga motosikalnya.

Menurutnya, tindakan itu menyebabkan seorang anggota terjatuh sebelum suspek meluru merampas pistol di pinggang anggota itu lalu mengacu pistol tersebut kepada semua lima anggota polis di tempat kejadian.

"Suspek kemudian melarikan kenderaan polis yang tidak dimatikan enjinnya ke arah Pekan Awah. Suspek membawa kenderaan tersebut berlegar-legar di sepanjang jalan utama Pekan Awah-Chenor dan ketika itu suspek melepaskan empat das tembakan secara rawak ke arah luar kereta, namun tidak mengenai sesiapa," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

"Pihak polis menggunakan kenderaan polis lain mengekori kereta polis yang dilarikan suspek dan usaha memujuk juga dilakukan dengan bantuan keluarga suspek tapi gagal," katanya.

Sulaiman berkata selepas hampir lima jam memandu kenderaan polis itu, suspek mula memandu secara berbahaya.

Kenderaan dipandu suspek kemudiannya terbabas dan merempuh perhentian bas di lokasi berdekatan persimpangan masuk ke Kampung Bukit Lada, Chenor.

"Pihak polis terpaksa memecahkan cermin belakang kenderaan itu bagi mengeluarkan suspek yang cedera di kepala dan tidak sedarkan diri.

"Suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan polis," katanya.

Sulaiman berkata suspek yang berasal dari Kampung Jengka Batu 13, Chenor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 7.58 pagi.

Pihak polis turut menemui semula pistol jenis Walther P99 bersama 11 butir peluru di dalam kenderaan yang dilarikan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan