KPDNKK Rampas Petrol Dan Diesel Subsidi Bernilai RM1.5 Juta Di Tiga Negeri Utara

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas petrol dan diesel bersubsidi yang diseleweng bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di tiga negeri di utara Semenanjung sejak semalam hingga Rabu.

Serbuan menerusi Operasi Diesel dan Petrol 1 North (OD1N) bermula pukul 11 pagi semalam di Seberang Prai di Pulau Pinang, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Padang Besar di Perlis. Turut dirampas wang tunai berjumlah RM850,000.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata menerusi serbuan hasil maklumat orang ramai itu, sebanyak enam kes menyeleweng minyak bersubsidi dikesan yang dilakukan oleh rangkaian sindiket di beberapa kawasan perindustrian, bandar dan kawasan sempadan negara jiran.

Katanya operasi tersebut dilakukan selepas pelbagai operasi merampas dan sita minyak bersubsidi giat dijalankan oleh penguatkuasa negeri, namun sindiket tersebut tidak pernah serik untuk menjalankan semula aktiviti haram itu bagi mengaut keuntungan yang lebih besar.

"Buat pertama kalinya operasi ini melibatkan pihak KPDNKK bersama Pasukan Petugas Khas Jabatan Peguam Negara yang menggabungkan pasukan Polis, Bank Negara, Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cyber Security.

"Dalam operasi ini Bank Negara telah membekukan 30 akaun ahli sindiket bernilai RM17 juta kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Cukai Pendapatan, Akta Kastam, Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang 2011 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001," katanya pada sidang media di pejabat KPNKK Kedah di sini, Rabu.

Dalam operasi selama dua hari itu, SPRM turut menahan seorang wanita berusia 40-an yang terlibat dalam sindiket penjualan minyak subsidi haram itu untuk siasatan lanjut.

Mohd Roslan berkata enam kes terbabit, didapati melanggar syarat-syarat lesen, menyimpan diesel dan petrol di tempat tidak dilesenkan dan menggunakan alat sukat 'dispender' yang tidak sah.

Katanya suspek yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, yang jika didapati bersalah boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi orang perseorangan manakala bagi syarikat denda RM250,000 manakala sementara kesalahan Akta Timbang dan Sukat 1972 boleh didenda RM2,000.

Beliau berkata pihaknya berharap akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam usaha menangani isu penyelewengan bahan api dalam negara oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya pemantauan penyelewengan dan tindakan diambil sebelum ini mendapati aktiviti penjualan dan pembelian diesel bersubsidi juga melibatkan pemborong berlesen dan pemilik stesen minyak.

"Tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang menyeleweng minyak subsidi dan pengedar seperti pembatalan lesen minyak," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyelewengan minyak bersubsidi boleh menyalurkan maklumat kepada pihak KPDNKK menerusi talian 1-800-886-800 atau terus ke http://e-aduan.kpdnkk.gov.my atau terus ke pejabat kementerian terdekat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan