Mayat Lelaki Warga Indonesia Ditemui Di Ampang

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan tiga kesan kelaran di badannya di tangga sebuah rumah kedai di Taman Muda, Ampang di sini, Selasa.

Jurucakap polis berkata pekerja buruh kasar berumur 37 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh penghuni di kawasan rumah tersebut pukul 7.30 pagi. "Kita tidak menemui sebarang senjata. Ketika kejadian, isterinya berada di dalam rumah mereka di tingkat tiga berhampiran lokasi di mana dia ditemui," katanya sambil menambah lelaki itu memasuki negara ini lebih setahun lepas.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian berikutan tiada barang peribadi milik mangsa yang hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi Bernama megesahkan kejadian sambil menambah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan