Dendam Dipercayai Motif Pembunuhan Pegawai Kanan Jaip - Ketua Polis Pahang

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang percaya kematian Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang ditembak pada Ahad bermotifkan dendam.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, polis percaya tiga suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut mungkin berdendam atau tidak berpuas hati dengan Allahyarham dengan penguatkuasaan yang dijalankan.

"Bagaimanapun, polis sedang menyisasat dari pelbagai sudut sama ada ancaman di atas penguatkuasaan yang dijalankan arwah terhadap kes berisiko tinggi atau ada ancaman peribadi," katanya kepada pemberita selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Bukit Ubi pada Isnin.

Katanya, selain itu polis turut memberi kawalan keselamatan terhadap waris mangsa bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang ancaman daripada pihak yang mungkin berdendam dengan mangsa.

"Pihak keluarga diminta bertenang dan banyakkan bersabar dengan dugaan ini, polis tidak akan sesekali memberi ruang kepada mereka yang terlibat dan kita akan buru suspek hingga ke lubang cacing," katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar kediaman penjawat awam yang bertugas sebagai penguatkuasa ditempatkan dalam sebuah kawasan bagi menjamin keselamatan mereka ekoran tugas mereka sangat berisiko dan terdedah terhadap pelbagai ancaman.

"Kerja sebagai penguatkuasa ini berdepan dengan bahaya, kadang-kadang kita tidak tahu ada musuh dalam selimut jadi untuk keselamatan mereka terjamin elok di tempatkan sebuah kuarters yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik," katanya.

Beliau juga dalam pada itu menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut atau menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Hasil siasatan awal pada Ahad mendapati suspek bukan berjubah tetapi memakai pakaian berwarna putih dan berbaju serta berseluar hitam selain memakai kopiah.

"Kita tidak boleh membuat sebarang andaian atau menyiasat menjurus melalui pakaian sahaja, siasatan mendalam dan terperinci sangat diperlukan. Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta segera memaklumkan kepada pihak polis," katanya.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Abdul Malik Awang Yen, 79, ketika ditemui berkata Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik sangat baik dan berbudi bahasa orangnya.

"Saya sungguh terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada cucu saya (anak arwah) lebih-lebih lagi bila diberitahu arwah ditembak. Saya sungguh sedih namun reda dengan ketentuan ilahi," katanya dan menurutnya kali terakhir dia berjumpa arwah pada Jumaat lepas di Indera Mahkota.

Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpanya tengah hari Ahad di kediamannya di Indera Mahkota 2 di sini.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback warna putih.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan