Bekas Pegawai Jabatan Perhutanan Ditahan, Heroin Dirampas

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU Polis menahan seorang lelaki dan merampas 18 botol heroin seberat 54 gram bernilai kira-kira RM11,500 di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Ismail Muslim berkata lelaki yang merupakan bekas pegawai Jabatan Perhutanan Terengganu itu ditahan pada pukul 10.20 malam di tepi Jalan Kampung Tanjung Aur di sini, dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Beliau berkata lelaki berusia 35 tahun yang dibuang kerja pada tahun 2009 itu cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan dengan polis.

"Semasa bergelut suspek membuang kotak rokok Gudang Garam ke atas tanah dan hasil pemeriksaan polis menemui tiga botol serbuk putih (seberat sembilan gram) dipercayai dadah jenis heroin di dalam kotak rokok itu," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis membuat pemeriksaan di rumah sewa lelaki itu di Kampung Bukit Payung, Marang semalam, dan menemui 15 botol dipercayai mengandungi dadah haroin seberat 45 gram di bawah sofa di rumah itu.

Ismail berkata dalam serbuan kira-kira 1.30 pagi itu, polis turut merampas sebuah kereta perodua Viva dan sebuah buku bank.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Marang itu telah enam kali ditahan atas kesalahan dadah dan kembali aktif mengedar di kawasan Marang sejak dua bulan lepas.

"Suspek kerap berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain bagi menyukarkan pihak polis mengesan aktivitinya dan suspek akan bergerak sendiri untuk menghantar bekalan itu apabila menerima tempahan daripada pelanggan," katanya.

Selain itu, suspek juga pernah ditahan di Golok, Thailand kerana cuba membawa keluar dadah jenis Heroin tahun lepas dan baru dibebaskan daripada pertuduhan, katanya sambil memberitahu hasil ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis Heroin. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan