Jangan Buat Andaian Kes Bunuh Anggota Jaip - KPN

Diterbitkan: Isnin, 11 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin menasihati orang ramai agar tidak membuat andaian kes tembak ketua penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) ada kaitan dengan Syiah.

Katanya tidak ada bukti jelas berhubung perkara itu dan orang ramai harus membiarkan polis menjalankan siasatan terlebih dahulu.

"Kita juga harapkan kerjasama orang awam untuk bantu kita kesan pelaku," katanya dalam sidang media sebelum menyampaikan syarahan bertajuk 'Futuristic Policing: Direction of Polis Diraja Malaysia in the Context of Vision 2020', di sini.

Dalam kejadian 1.55 petang semalam, Mohd Raffli Abdul Malek, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpa mangsa di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Media melaporkan Mohd Raffli ketika ini mengendalikan beberapa kes besar termasuk memantau kegiatan pengikut fahaman Syiah serta satu ajaran sesat dikenali 'Tuhan Harun'.

Mengulas perkembangan berkaitan, Khalid berkata polis sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam di setiap negeri bagi memastikan pengikut fahaman Syiah tidak menjadi golongan pelampau dan akhirnya militan.

"Jika jadi militan itu sudah jadi bidang kuasa polis," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan