Tutor & Dua Pelajar UTAR Hilang Ketika Mendaki di Batu Berangkai

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Dua pelajar dan seorang pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampar, dekat sini, sesat ketika mendaki bukit di Batu Berangkai, Kampar, petang Sabtu.

Polis menerima laporan kehilangan mangsa daripada seorang rakan mangsa yang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) melaporkan ketiga-tiga mereka sesat, kira-kira jam 6.30 petang.

Mereka dikenali sebagai Goh Kae Min, 22, dan Yap Suan Zi, 21, pelajar, manakala seorang pensyarah dikenali Tang Ying Ying, 35.

Sehingga pagi Ahad ketiga-tiga mereka belum ditemui.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan