Polis Peronda Berkas Tiga Lelaki Sejurus Selepas Ragut Telefon Bimbit Warga China

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sepasukan polis peronda di sini memberkas seorang peragut dan dua rakannya sejurus selepas suspek terbabit meragut telefon bimbit seorang ahli perniagaan dari China awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua suspek ditahan ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta selepas melakukan jenayah itu di hadapan bangunan Mahkamah Tawau, kira-kira jam 3.30 pagi.

Awang Besar berkata ketika kejadian ahli perniagaan berusia 54 tahun dan seorang lagi rakannya sedang berjalan untuk pergi ke tempat penginapan mereka yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.

"Ketika sampai di hadapan mahkamah, seorang lelaki terus merampas telefon bimbitnya dari arah belakang kemudian melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Katanya ketika ahli perniagaan itu mengejar lelaki berkenaan, sebuah kereta tiba-tiba muncul untuk mengambil suspek namun pada masa yang sama sepasukan polis peronda tiba dan terus menahan tiga lelaki di dalam kereta itu.

Polis menemui semula telefon bimbit mangsa manakala ketiga-tiga lelaki berumur antara 21 hingga 22 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan