Polis Nafi Wang Tebusan Motif Penculikan Freddie

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ku menunjukkan gambar suspek kes culik Freddie ketika sidang media di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, petang Sabtu. - FotoBERNAMA
Ku menunjukkan gambar suspek kes culik Freddie ketika sidang media di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, petang Sabtu. - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis menolak andaian bahawa wang tebusan adalah motif penculikan bayi berusia 20 bulan, Freddie Joseph di Bangsar pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata kemungkinan Freddie diculik untuk mendapatkan wang tebusan adalah tipis.

"Kami menolak kemungkinan itu. Untuk menculik seorang bagi bagi mendapatkan wang tebusan tidak masuk akal kerana mereka sukar untuk dikawal.

"Kami percaya terdapat sebab lain. Fokus utama kami adalah keselamatan mangsa. Kini kami akan meneruskan siasatan bagi mencari motif penculikan itu," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, memandangkan mangsa adalah seorang bayi, tiada banyak maklumat yang boleh diperolehi daripadanya.

Mengenai kemungkinan bapa kepada bayi itu adalah seorang suspek, Ku berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.

"Melalui apa yang kita peroleh setakat ini, tiada keperluan untuk menyoal bapanya dengan segera," kata Ku.

Ku berkata, tindakan orang awam menyebar kes tersebut telah membantu menyelamatkan bayi itu tanpa dicederakan.

"Suspek mungkin takut jadi mereka melepaskan bayi itu tanpa mencederakannya," kata Ku.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata polis telah merekodkan keterangan daripada tiga individu yang ada kaitan dengan kes itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan