Polis Kelantan Rampas Syabu Bernilai RM1.35 Juta

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Ab Rahman (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang disyaki syabu yang dirampas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Baharu pada Ahad. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Supt Amran Ramli (kiri). Polis menangkap seorang perempuan warga Vietnam berumur 48 tahun dan merampas dadah yang disyaki syabu anggaran berat kasar 5.4 kilogram dan anggaran nilai RM1.35 juta. -Foto BERNAMA
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Ab Rahman (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang disyaki syabu yang dirampas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Baharu pada Ahad. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Supt Amran Ramli (kiri). Polis menangkap seorang perempuan warga Vietnam berumur 48 tahun dan merampas dadah yang disyaki syabu anggaran berat kasar 5.4 kilogram dan anggaran nilai RM1.35 juta. -Foto BERNAMA

KOTA BAHARU: Polis Kelantan merampas syabu seberat 5.4 kilogram bernilai RM1.35 juta, yang terbesar di negeri ini tahun ini, selepas menahan seorang 'keldai dadah' wanita warga Vietnam di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 12.25 tengah hari itu, suspek 48 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan selepas tiba dari New Delhi, India.

"Dia dilihat dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan terhadap beg suspek, polis menemui 54 keping kain renda dan apabila dibuka kepingan kain itu, kita menemui serbuk berwarna putih seperti garam yang disyaki dadah jenis syabu," katanya pada sidang media di IPK Kelantan di sini, Ahad.

Jalaluddin berkata 100 gram syabu disembunyikan dalam setiap keping kain renda itu dan setiap 5 gram dadah itu dijual dengan harga RM1,800 di pasaran gelap.

Beliau tidak menolak kegiatan penyeludupan itu dilakukan sindiket dadah antarabangsa yang menyasarkan negara ini sebagai lokasi menjual dadah.

"Sindiket dadah itu juga mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada di setiap lapangan terbang di seluruh dunia sebelum menyeludup dadah masuk ke sesebuah negara. "Oleh itu, di bawah Ops Cantas Khas Dadah, kita akan mempertingkat kawalan ke atas semua pintu masuk dan sempadan bagi mengekang kemasukan barang terlarang ke dalam negara ini," katanya.

Jalaluddin berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mebawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan