Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Ambank Bulan Lalu Akhirnya Ditangkap

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.
Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.

PETALING JAYA: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.

"Syabas, pasukan Ops Cantas Bukit Aman telah berjaya tangkap pembunuh/perompak kejam AmBank di Johor pagi ini. Terima kasih rakyat Malaysia yang membantu PDRM," katanya dalam laman Twitter rasminya pada Ahad.

Sementara itu, suami mangsa Irwan Kamaruddin berpuas hati dengan kejayaan polis memberkas suspek.

Irwan, 37, ketika dihubungi Bernama berharap suspek dikenakan hukuman setimpal.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menangani kes itu sehingga selesai," katanya.

Ditanya mengenai kehidupan keluarga serta anak-anaknya, beliau berkata kehidupannya seperti biasa namun sunyi tanpa isterinya.

Dalam kejadian 23 Okotober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa telah bekerja selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.

Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan