Dua Pelajar Renaco Marin Maut Dalam Nahas Di Kemaman

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Dua sahabat maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah lori treler di Kilometer 155.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambatan Geliga di sini, Ahad.

Mohd Ezrein Fitri Shaiful dari Melaka dan Mohd Shaufiq Shahfuan Soilin dari Sabah, yang juga pelajar Institut Pendidikan dan Latihan Renaco Marin, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata kemalangan itu berlaku pada kira-kira 3.30 petang apabila lori berkenaan, yang menghala ke arah Kuantan, dipercayai hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa.

Beliau berkata mangsa dalam perjalanan pulang ke asrama yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian selepas selesai mengikuti kelas mereka pada Ahad.

"Namun ketika dalam perjalanan pulang motosikal yang ditunggang Mohd Ezrein dirempuh lori berkenaan dan menyebabkan kedua-dua mangsa terseret dan terperosok berhampiran lori," katanya.

Che Suza berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk di Jambatan Geliga kerana keadaan lori terbabit yang merintangi jalan raya dan polis terpaksa menutup laluan ke Kuala Terengganu, yang dilencong ke Mak Lagam manakala satu lorong dibuka untuk laluan ke Kuantan.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, satu laporan dibuat pemandu treler berkenaan, Syed Izzudin Syed Mat Zain, 34, dari Kuantan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman malam Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan