Seorang Bayi Britain Dilarikan Dua Individu

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joseph memeluk patung beruang milik anaknya Freddie yang diculik dihadapan rumah mereka di Bangsar.
Joseph memeluk patung beruang milik anaknya Freddie yang diculik dihadapan rumah mereka di Bangsar.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki warga Britain berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar, di sini, Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dikenali sebagai Freddie Joseph dipercayai dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.

"Ketika kejadian pukul 6.10 petang itu, ibunya Sarah Joseph berusia 38 tahun yang masuk sekejap ke rumah terdengar bunyi bising di luar lalu keluar semula untuk melihat apa yang berlaku.

"Dia yang ternampak seorang lelaki cuba melarikan anaknya terus menerpa ke arah lelaki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya itu sambil menjerit meminta tolong sehingga berlaku pergelutan," katanya pada sidang media di sini.

Akibat daripada pergelutan itu, ibu bayi berkenaan mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan, katanya.

Ku berkata polis percaya lelaki itu datang bersama seorang wanita menggunakan kereta jenis Toyota Camry merupakan orang yang dikenali ibu mangsa yang juga merupakan ibu tunggal.

"Ketika ini siasatan kami lebih menjurus kepada masalah peribadi ibu mangsa, bagaimanapun ada juga kemungkinan ia bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan," katanya.

Ku memberitahu polis akan mengedarkan gambar kanak-kanak itu kepada pengetahuan umum untuk memudahkan gerakan mencari suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan