Rumah Adun Ayer Keroh Disimbah Cat Merah

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khoo Poay Tiong
Khoo Poay Tiong

MELAKA: Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong di Taman Dahlia, Bukit Beruang dekat sini disimbah dengan cat berwarna merah kali ketiga berturut-turut dalam tahun ini, pada awal pagi Sabtu.

Batu bata turut dilontar dalam perkarangan rumahnya hingga merosakkan kawasan tempat letak keretanya dalam serangan yang berlaku pada pukul 5.30 pagi itu.

Khoo yang juga Ketua Biro Publisiti DAP negeri memberitahu The Star bahawa serangan kali ketiga menjadikan rumahnnya sebagai sasaran sejak ia berlaku kali pertama pada bulan Jun lalu sebaik sahaja pilihan raya umum ke-13 berkahir.

"Saya hanya menyedari rumah saya disimbah dengan cat berwarna merah ketika saya keluar selepas mendengar bunyi bising dihadapan rumah saya pada waktu pagi.

"Kenapa saya menjadi sasaran beberapa kali, saya rasa perkara ini bermotifkan politik dan saya berharap mereka yang marah dengan saya bersemuka dengan saya tanpa menjalankan tindakan pengecut seperti ini," katanya.

Dalam serangan pada 30 Jun lalu, Khoo berkata dia mengalami kerugian teruk selepas bahagian belakang keretanya disimbah dengan cat menyebabkan dia terpaksa mengecat semula bahagian berkenaan.

Panel tingkap kereta Honda CRVnya juga pecah akibat dibaling batu yang turut menyebabkan beberapa keping cermin tingkap rumahnya pecah.

Ditanya sama ada serangan tersebut mempunyai kaitan dengan tentangannya terhadap kepimpinan DAP negeri yang diketuai oleh Pengerusinya Goh Leong San pada Oktober terhadap tindakan Ketua Menteri, DAtuk Seri Idris Haron, Khoo berkata: "Tiada komen. Biar pihak polis menyiasat berdasarkan laporan yang telah saya buat sebaik sahaja serangan itu berlaku. "

Selain daripada kes Khoo, beberapa kes serangan yang hampir serupa turut berlaku di rumah beberapa pemimpin MCA negeri selepas pilihan raya umum ke-13.

Ada juga kejadian rumah pemimpin berkenaan dibaling bom petrol, Molotov Cocktails pada 7 Mei lalu.

Dalam kejadian itu, Timbalan Ketua Pemuda MCA Kota Melaka, Yong Hoe turut mengalami kecederaan pada jari kanannya dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu.

Gan yang berada di rumahnya di Taman Pengkalan Jaya di sini apabila dua orang lelaki membaling dua botol bom petrol yang dibalut dengan bendera Barisan Nasional ke arah rumahnya.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya ditahan selepas gambar mereka dirakam oleh CCTV yang dipasang di rumah mangsa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan