Posmen Parah Ditetak Dua Lelaki - Berita Jenayah | mStar

Posmen Parah Ditetak Dua Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang posmen cedera parah selepas ditetak dua lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Kubang Kerian, di sini tengah malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Baru ACP Azham Othman berkata Mohd Al-Hafiz Mustapha, 29, cedera parah di kaki kanan, lengan kanan serta muka dalam kejadian 12.15 malam Jumaat.

Mohd Al-Hafiz kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya masih tidak stabil berikutan kehilangan banyak darah.

Azham berkata kedua-dua penyerang itu melarikan diri dengan sebuah kereta.

"Motif kejadian dipercayai berhubung masalah perkongsian perniagaan," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan