Polis Tahan 10 GRO Warga Asing di George Town

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan 10 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Kedah di sini lewat malam Jumaat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Nasir Salleh berkata ketika serbuan pada pukul 11 malam itu, mereka yang terdiri daripada lapan wanita warga Vietnam dan dua warga China yang baru beberapa minit memulakan 'tugas' bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis.

"Kesemua wanita berusia antara 20 dan 30 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata dalam serbuan itu, seorang daripada wanita terbabit terjatuh ketika cuba meloloskan diri dan mengalami kecederaan di bahagian lutut sehingga terpaksa dipapah ke balai.

Katanya polis turut menahan seorang lelaki dipercayai menjadi penjaga pusat hiburan terbabit dan semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen negeri (IPK) untuk siasatan lanjut dan dokumentasi.

Nasir berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Jalan Penang, 10 pelancong yang sedang leka berhibur nyaris bermalam dalam lokap selepas mereka tidak membawa dokumen pengenalan diri.

Kesemua mereka yang diperiksa itu memberi alasan tertinggal pasport dan meminta kebenaran pulang ke hotel untuk mengambil dokumen berkenaan.

Mereka yang terdiri daripada empat warga India, dua warga Belgium dan masing-masing seorang warga Nepal, Jepun, Belanda dan China akhirnya dibebaskan selepas menunjukkan dokumen sah ketika diiringi polis untuk mengambil dokumen itu di hotel.

Nasir berkata dalam serbuan yang sama, tiga lelaki yang didapati mempunyai tatu yang mencurigakan di anggota badan turut ditahan untuk pemeriksaan sebelum mereka dibebaskan setelah didapati tiada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan