Penculikan Bayi Freddie: Keluarga Akan Beri Kenyataan Kepada Pihak Media

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beberapa ahli keluarga mangsa penculikan bayi Freddie menunggu di luar rumah, menanti perkembangan terkini daripada pihak polis.
Beberapa ahli keluarga mangsa penculikan bayi Freddie menunggu di luar rumah, menanti perkembangan terkini daripada pihak polis.

KUALA LUMPUR: Keluarga ekspatariat bayi Freddie Joseph yang diculik dihadapan rumahnya dijangka memberi kenyataan kepada pihak media pada tengah hari Sabtu.

Seorang rakan kepada keluarga berkenaan berkata, ibu bayi berkenaan Sarah Joseph, 39, tenang namun dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

"Kami masih lagi menunggu di sini namun cuma anda bayangkan keperitan yang dilalui oleh keluarga mangsa.

"Tiada maklumat terkini setakat ini," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Sejak pagi tadi, ramai jiran tetangga dan rakan terdekat keluarga mangsa datang melawat rumah yang terletak di Jalan Terasek 7 untuk memberikan sokongan dan menenteramkan keluarga mangsa.

Seorang penduduk berkata ini merupakan kejadian kali kedua insiden penculikan berlaku di kawasan berkenaan.

"Bebeapa tahun lalu, seorang wanita sedang berjalan apabila tiba-tiba seorang lelaki cuba meragut beg tangannya. Apabila dia tidak mahu melepaskan beg tersebut lelaki berkenaan menarik dia ke dalam kereta dan memecut pergi.

"Wanita berkenaan ditinggalkan di Damansara selepas itu," katanya.

Sementara itu, pasukan forensik telah mengambil butang berwarna hitam, dipercayai milik suspek lelaki yang menculik bayi berusia 20 bulan itu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, SAC Datuk Ku Chin Wah berkata setakat ini suspek tidak ada menghubungi keluarga mangsa untuk meminta wang tebusan.

Beliau turut menafikan kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan itu, telah ditemui dan penculiknya ditangkap di Kuantan, Pahang pada Jumaat.

"Penyebaran khabar angin dalam laman Instagram bahawa kanak-kanak itu telah dijumpai dan penculiknya ditangkap di Kuantan adalah tidak benar," katanya.

Dalam kejadian 6.10 petang semalam, kanak-kanak itu dipercayai dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.

Pada masa kejadian, ibu mangsa, Sarah Joseph, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, Sarah yang juga guru bahasa cedera di pergelangan tangan kanannya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan