Mangsa Tikam Penyamun Guna Pemutar Skru

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Seorang bapa bertindak berani apabila bertumbuk dengan seorang daripada penyamun yang bersenjatakan parang dan mencederakan suspek menggunakan pemutar skru dalam kejadian samun di Taman Bukit Perdana, di sini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata ia ekoran tindakan suspek yang mengambil seutas jam tangan jenama Rolex walaupun mangsa memberitahu kumpulan suspek itu supaya mengambil apa sahaja kecuali jam berkenaan.

"Seorang daripada tiga suspek telah mengambil jam tangan itu, membuatkan mangsa marah dan terus meluru ke arah suspek sebelum menumbuknya beberapa kali serta menikam badan dan bahu suspek dengan pemutar skru. Suspek terus lari dari bilik tidur mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Katanya mangsa dikejutkan dari tidur pukul 3.15 pagi apabila pintu bilik tidurnya ditendang dan diceroboh tiga lelaki dipercayai warga Indonesia yang masing-masing memegang sebilah parang sebelum menyuruh mangsa serta isteri diam sambil meminta barang-barang berharga, katanya.

Beliau berkata selain jam tangan Rolex dan wang tunai RM7,000, barang lain yang hilang termasuk beberapa jenis telefon bimbit serta jam tangan jenama Dunhill. "Siasatan mendapati bahagian belakang rumah teres setingkat itu terletak berhampiran ladang kelapa sawit yang mempunyai laluan terus ke Kampung Raya dan Tapah Road. Suspek telah memotong besi jeriji pagar belakang rumah serta tingkap bahagian dapur," kata Som Sak.

Rakaman kamera litar tertutup kediaman itu menunjukkan tujuh suspek memasuki rumah itu dengan muka bertutup serta menggunakan empat bilah parang, katanya.

Polis meminta mana-mana klinik yang menerima pesakit cedera akibat tertusuk benda tajam supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di talian 05-401 5222 atau hantar khidmat pesanan ringkas ke Rakan Cops 32728," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan