Kereta Adun Ayer Keroh Disimbah Cat Merah

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kereta Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiang disimbah cat merah di rumahnya di Bukit Beruang di sini, Sabtu.

Khoo berkata kejadian dipercayai berlaku selepas 5 pagi sewaktu beliau dan keluarga tiada di rumah.

"Saya keluar rumah 5 pagi tadi untuk menghadiri program parti di luar Melaka dan mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada jiran pada 11.30 pagi," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.

Beliau berkata kejadian simbahan cat pada kereta jenis Honda CRV itu adalah kejadian kedua tahun ini selepas kejadian pertama pada 31 Jun lepas.

"Saya menyerahkan tindakan lanjut kepada polis...saya minta mereka yang tidak berpuas hati berjumpa dengan saya untuk berbincang," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini.

Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di rumah Khoo dan mengesan jap jari pada plastik mengandungi cat yang dibaling bagi mengenal pasti mereka yang terlibat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan