Bot Bawa Empat Pemancing Hilang Sembilan Bulan Lepas Ditemui

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Bot yang dinaiki empat pemancing yang hilang kira-kira sembilan bulan lepas di perairan Pahang ditemui kira-kira 14 batu nautika di perairan itu.

Bagaimanapun keempat-empat mangsa tidak ditemui, mereka dipercayai sudah lama meninggal sejak kejadian itu.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Kuantan, ACP Azmi Ibrahim, seorang nelayan, Foo Chung Fook, 40, yang menyelam di kawasan itu untuk meleraikan bubunya yang tersangkut telah terjumpa bangkai sebuah bot di dasar laut pada Jumaat lepas.

"Bertindak atas laporan nelayan itu, pada Sabtu lepas sekumpulan anggota polis Marin bersama unit selam marin polis Marin telah pergi ke lokasi yang dilaporkan sebelum menemui sebuah bot fiber berwarna kuning yang terdampar di dasar laut, penutup enjin sangkut jenis Yamaha 60HP, kotak peralatan memancing dan sebatang joran," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata susulan daripada itu operasi mencari yang melibatkan 12 anggota polis marin telah pergi semula ke lokasi kejadian bermula jam 9.30 pagi tadi untuk membuat selaman dan berjaya mengapungkan bot itu kira-kira jam 5.30 petang tadi. “Bot dan barang-barang itu berjaya dinaikkan dan dibawa ke jeti Pangkalan Polis Marin Kuantan untuk dibuat pengecaman ahli keluarga mangsa," katanya.

Pada 20 Feb lepas, empat sahabat Baheruzaman Yusof, 40, Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, Rahmat Chik, 51 dan Karim Zakaria, 41, dilaporkan hilang selepas keluar memancing.

Operasi pencarian telah dijalankan selama tiga minggu oleh pasukan penyelamat, namun gagal menemui mangsa.

Pihak polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan bot yang dinaiki mereka itu rosak atau mengalami kemalangan.

Sementara itu anggota keluarga mangsa yang menunggu di jeti itu, hiba dan sedih selepas melihat barangan yang ditemui itu.

Abdul Razak Hamzah, 48, sepupu kepada salah seorang mangsa yang juga merupakan pemilik bot berkenaan, Baheruzaman Yusof, 40, mengesahkan bot terbabit memang milik mangsa.

"Saya sedih dan redha dengan apa yang berlaku, barang-barang yang ditemui itu memang milik mangsa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan