Anggota Geng Pecah Rumah 'Lunch Hour' Diberkas Polis

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Seorang anggota kumpulan pecah rumah yang dikenali sebagai 'geng lunch hour' diberkas polis ketika kenderaan yang dinaikinya bersama seorang lagi rakan ditahan di Taman Krishnan, Slim River dekat sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Som Sak Din Keliaw berkata suspek yang menaiki kereta Proton Waja itu turut bergelut dengan polis sebelum diberkas pada pukul 4.40 petang. "Siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai lima rekod jenayah lampau selain dikehendaki bagi kes pecah rumah di Sabak Bernam dan Ampang, Selangor.

"Sebanyak 11 kunci pelbagai model kereta yang dipercayai dilarikan sebelum ini, beberapa jenis telefon bimbit, barang kemas, komputer riba, wang tunai dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk jenayah pecah rumah turut ditemui," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Namun rakan jenayah suspek yang dikenali sebagai Ah Chun berusia lingkungan 30-an dari Kuala Lumpur yang berada bersama-samanya di dalam kereta itu telah meloloskan diri, katanya.

Beliau berkata penahanan suspek adalah lanjutan daripada kejadian pecah rumah di Taman Sri Damai di sini pada pukul 1.30 petang. "Mangsa membuat laporan polis selain memberitahu sebuah kereta jenis Toyota Estima berwarna biru dalam keadaan mencurigakan berhampiran rumah tersebut," katanya.

Katanya, mangsa sebelum itu menerima panggilan yang memberitahu alat penggera di rumahnya berbunyi dan pekerjanya mendapati pintu belakang telah diumpil dan pecah selain banyak kesan tapak tangan di tingkap bahagian dapur, namun tiada apa-apa barang yang hilang. Som Sak berkata polis peronda kemudiannya terjumpa kereta yang dinaiki suspek dan rakannya yang ditinggalkan di tepi jalan Kampung Baru, Bidor pada pukul 2.45 petang.

Bagaimanapun ketika mahu menghampirinya, sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki dua lelaki keluar dari arah belakang kereta itu dengan laju, katanya.

Beliau berkata kereta Proton Waja itu tidak berhenti ketika polis peronda cuba menahannya di Jalan Panggung Wayang, Bidor sebelum bertindak mengejarnya sehingga plaza tol Bidor tetapi kemudian hilang dan arah tujunya tidak diketahui.

"Maklumat kemudian disalurkan dan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Slim River telah terserempak dengan kereta tersebut seperti yang dihebahkan Ibu Pejabat Polis Tanjung Malim, di kawasan Taman Krishnan, Slim River," katanya.

Semakan rekod mendapati kereta Toyota Estima itu telah dilaporkan hilang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan kereta Proton Waja hilang di Prai, Pulau Pinang, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan