Warga Myanmar Maut Dihempap Kepingan Kaca Seberat Dua Tan

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seorang warga Myanmar maut selepas dihempap kira-kira 100 keping kaca yang setiap satu seberat 20 kilogram dalam kejadian di belakang sebuah kedai di Jalan Sakeh, di sini Khamis.

Dalam kejadian 2.15 petang itu, Thang Ngaih Lian, 22, maut di tempat kejadian susulan kecederaan parah di leher dan kepala akibat terkena kepingan kaca yang berkecai.

Menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, sebelum kejadian mangsa bersama tiga lagi rakan sekerja ditugas memunggah 500 keping kaca dari sebuah lori ke dalam kedai berkenaan.

"Sebelum kejadian itu mereka berempat sudah menurunkan 350 keping dan mangsa mahu berehat seketika di atas lori dan yang lain duduk di depan lori," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Katanya dia yang berada tidak jauh dari tempat kejadian mendengar dentuman yang kuat diikuti bunyi berkecai menyebabkannya bergegas ke bahagian belakang kedai.

"Saya cuma nampak timbunan kaca yang berkecai di dalam longkang dan tubuh mangsa langsung tidak kelihatan," katanya.

Katanya dia percaya baki kepingan kaca itu menggelongsor dan menghempap mangsa sebelum terjatuh ke dalam longkang bersama-sama mangsa.

"Kami yang tidak dapat mengeluarkan mangsa segera menghubungi pihak bomba yang datang dengan enam anggota dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkanya daripada timbunan kaca," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan