Suspek Kes Culik Warga Myanmar Bukan Pekerja Berjaya Hills

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berjaya Hills Management Group berkata suspek warga Myanmar yang ditahan polis berhubung kes penculikan lima lelaki senegaranya di Bukit Tinggi, Selasa lepas, bukan pekerja syarikat itu.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat pengurusan pusat peranginan itu berkata insiden berlaku di Meranti Suites, Bukit Tinggi itu adalah apartmen milik persendirian dan tidak di bawah pengurusan syarikat itu.

Pada kejadian Selasa lepas, polis menyelamatkan kelima-lima mangsa etnik Rohingya berusia 16 dan 40 tahun yang diculik sebelum dikurung oleh suspek dari negara yang sama.

Dalam serbuan pukul 11 malam itu, polis turut menahan dua lelaki warga Myanmar yang mengawal lima mangsa yang diikat dengan rantai besi dalam apartmen itu manakala perancang utamanya, seorang buruh diberkas di rumah kongsi di Shah Alam, Selangor, tiga jam kemudian.

Polis mengesan kegiatan kumpulan penjenayah itu selepas menerima laporan daripada seorang lelaki Myanmar, Ahad lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan