Polis Sabah Berkas Lima Suspek, Rampas Dadah, Wang Tunai, Kereta Mewah & Pistol

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah memberkas lima lelaki dan merampas 3.9 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1 juta serta wang tunai RM465,000 dan sepucuk pistol dalam serbuan di sebuah bengkel kenderaan di Inanam, petang Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam serbuan pukul 3 petang di premis dua tingkat di Lorong Mangga 1, BDC Industrial Estate, Jalan Kolombong itu polis turut merampas lapan kereta mewah yang dipercayai hasil jualan dadah.

Kesemua suspek rakyat tempatan berusia antara 28 dan 41 tahun itu diberkas di premis berkenaan dan tiga daripada mereka turut positif dadah, katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Hamza berkata polis percaya suspek merupakan anggota sindiket dadah tempatan yang menerima bekalan dari luar negara.

"Dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran tempatan," katanya.

Mengulas serbuan itu, Hamza berkata polis terpaksa memecahkan pintu masuk utama premis selepas penghuni di dalamnya enggan membuka pintu apabila diminta berbuat demikian oleh polis.

Kesemua dadah terbabit ditemui di dalam bungkusan plastik dan juga karung kanvas di tingkat atas dan bawah premis, manakala pistol itu bersama 12 butir peluru getah ditemui ketika pemeriksaan di sebuah bilik di tingkat atas yang turut menempatkan sebuah peti simpanan mengandungi wang tunai RM465,000, katanya.

Semua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Katanya dengan kes terkini itu, jumlah dadah jenis syabu yang berjaya dirampas oleh polis Sabah setakat ini ialah 87.763 kg. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan