Polis Berkas Enam Suspek Terbabit 10 Kes Curi

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Polis memberkas enam lelaki yang disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah dan mencuri dalam bangunan di Arau, menerusi operasi khas dari 20 Oktober hingga 1 November lepas

Ketua Polis Daerah Arau Supt Mohd Nadzri Hussain berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an terbabit diberkas di sekitar Arau dan Kodiang, Kedah.

Tiga daripadanya mempunyai rekod lampau bersabit dadah dan curi, katanya dalam sidang media, di sini, Jumaat.

Menurut Mohd Nadzri, susulan penangkapan itu juga polis menemui beberapa mesin dan peralatan termasuk mesin pembancuh simen, mesin gerudi dan pemotong rumput yang dipercayai dicuri oleh suspek.

Katanya polis menubuhkan pasukan khas memburu suspek susulan kejadian pecah rumah dan mencuri dalam bangunan yang menjadi-jadi di Arau bulan lepas.

Polis kini mengesan seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Azri @ Angah yang berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan, katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Arau ASP Sarih salleh menerusi 04-9862222 atau 019-3334940. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan