Pengawal Keselamatan Filipina Guna IC Palsu Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Dia menggambarkan dirinya sebagai pengawal keselamatan yang mempunyai pangkat pegawai apabila bertugas di sebuah kondominium di Lebuh Sungai Pinang di sini.

Ketika pegawai penguatkuasa menyoalnya dalam Ops Bersepadu awal pagi Khamis, wanita berusia 45 tahun itu mendakwa dia berasal dari Sabah.

Namun siasatan akhirnya mendapati dia menggunakan Mykad palsu. Namanya yang tertera pada tag nama yang dipakainya 'Nuraini' tidak sama dengan namanya pada kad pengenalan.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata, siasatan latar belakang mendapati wanita berkenaan sebenarnya berasal dari Filipina.

"Tag nama yang diberikan oleh syarikat pengawal keselamatan kepada pengawal keselamatan itu adalah bagi menyakinkan penduduk bahawa dia adalah pengawal keselamatan yang sebenar," katanya pada sidang media di ibu pejabat Jabatan Imigresen negeri pada Khamis.

Wanita berkenaan antara 20 pendatang asing tanpa izin yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 45 tahun membabitkan 12 warga Nepal, lima rakyat Pakistan dan tiga warga Filipina termasuk wanita terbabit.

Katanya lagi, siasatan mendapati mereka bekerja dengan beberapa syarikat kawalan keselamatan tempatan sejak enam bulan lepas.

Basri berkata, semua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 39 (b) akta yang sama.

Pihaknya juga akan menjalankan siasatan terhadap syarikat keselamatan terbabit dan jika syarikat itu berdaftar, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 55(b) dan Seksyen 56(1)(b) Akta Imigresen kerana menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa izin, katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan