Pekerja Temui Mayat Pasangan Penyelia Dalam Kolam

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pekerja sebuah kilang makanan laut segera di sini terkejut apabila menemui mayat penyelia mereka terapung dalam kolam yang dipenuhi dengan darah awal pagi Jumaat.

Chen Ching Woei, 42, dan isterinya Chang Ling Ling, 44, dipercayai dibunuh dalam bilik mereka yang terletak dalam kilang berkenaan di kawasan Perindustrian Bundusan dekat Penampang.

Difahamkan pasangan yang berasal dari Kuching itu tinggal di tingkat bawah bangunan kilang dua tingkat itu kerana mereka tidak mempunyai rumah mereka sendiri di sini.

Menurut saudara Chen yang hadir di tempat kejadian, pasangan tersebut mula bekerja di kilang berkenaan sejak dua tahun lalu.

"Setakat ini kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kerana apa yang saya pasti, mereka tidak mempunyai sebarang musuh," kata saudara mangsa yang enggan dikenali.

Beberapa helai pakaian milik pasangan berkenaan ditemui di bawah lori di luar kilang berkenaan dipercayai ditinggalkan oleh suspek selepas insiden berkenaan berlaku.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan, Ratan Singh enggan mendedahkan maklumat mengenai kes berkenaan dan meninggalkan tempat kejadian sebaik sahaja mayat mangsa di bawa ke hospital untuk bedah siasat pada pukul 1 petang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan