Polis Rampas Dadah Terbesar Di P.Pinang Bernilai RM14.6 Juta

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Rahim menunjukkan dadah yang berjaya dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Abdul Rahim menunjukkan dadah yang berjaya dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya mematahkan kes penyeludupan dadah terbesar pada tahun ini dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM14.6 juta.

Antara dadah yang berjaya ditemui daripada sebuah pangsapuri di Jelutong adalah 19kg serbuk Ecstasy, 58kg serbuk Methamphetamine dan 15 liter cecair Methamphetamine.

Pada Isnin, pemilik rumah itu memecah masuk pangsapuri tersebut selepas penyewanya gagal membayar sewa selama tiga bulan berturut-turut.

Dia kemudiannya menghubungi polis selepas menemui sejumlah besar dadah yang disembunyikan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pangsapuri itu digunakan sebagai stor simpanan dadah oleh penyewa tersebut yang juga seorang pengedar dadah.

Siasatan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mendapati lelaki tersebut yang berusia awal 20-an ditahan di Shenzhen China atas kesalahan berkaitan dadah.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan