Imigresen P.Pinang Tahan 20 Pengawal Keselamatan Warga Asing

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 20 warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk seorang wanita, dalam tempoh 24 jam sejak awal pagi Rabu.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Basri Othman berkata mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 45 tahun membabitkan 12 warga Nepal, lima rakyat Pakistan dan tiga warga Filipina termasuk wanita terbabit.

"Hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan, sepasukan anggota imigresen membuat pemeriksaan di 12 lokasi sejak awal pagi semalam hingga awal pagi ini.

"Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menyalah guna dokumen perjalanan selain ada yang menggunakan dokumen pengenalan diri milik orang lain," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

"Wanita warga Filipina berusia 45 tahun itu didapati menggunakan dokumen orang lain dan mendakwa rakyat tempatan, sedangkan dia warga Filipina," katanya.

Katanya siasatan mendapati mereka bekerja dengan beberapa syarikat kawalan keselamatan tempatan sejak enam bulan lepas.

Basri berkata semua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 39 (b) akta yang sama.

Pihaknya juga akan menjalankan siasatan terhadap syarikat keselamatan terbabit dan jika syarikat itu berdaftar boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 55(b) dan Seksyen 56(1)(b) Akta Imigresen kerana menggaji dan melindungi pekerja terbabit, katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Jabatan Imigresen Putrajaya menahan 15 pengawal keselamatan warga asing yang bertugas di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi hari ini.

Ketua Unit Tindakan jabatan itu Abdul Malik Bujang berkata mereka yang ditahan ialah 10 warga Nepal, dua warga Indonesia, dua warga Pakistan dan seorang rakyat Sri Lanka.

Mereka yang berusia antara 20 dan 40 tahun itu ditahan antaranya kerana menyalah guna pas lawatan sosial selain ada yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Malik berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai pengarah syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana menggaji dan melindungi warga asing berkenaan.

"Dia akan didakwa mengikut Seksyen 55B dan 56(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Sementara itu seorang wanita warga Indonesia yang ditahan dalam operasi itu, Ika Surdiati, 27, berkata dia baru sebulan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat membeli-belah berkenaan.

Wanita yang berasal dari Jawa Tengah itu mendakwa dia mendapat pekerjaan terbabit menerusi teman lelakinya yang merupakan rakyat Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan